Saturday, July 4, 2009

esEi bm pnjman MARA,rjuKaN mse dPn=p

mule2,sblm aq msuk kolej,
aq da semngat da wat esei tp aq wat dlm bm r coz aq xtau kn..
aq wat esei ni sbb tuk pnjman MARA,da syarat2 dye cmtuu..huhu

Nama yang diberi, NUR SAUFIRAH BINTI ROZLEE. No kad pengenalan 910420-14-

5760, No surat beranak I872393. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 20 April 1991. Kini sudah berusia genap 18 tahun. Merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di TADIKA KEMAS lima hingga enam tahun, kemudian bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NIRWANA ketika tahun satu, sejurus itu bertukar ke SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBAK JAWA sehingga tahun empat dan bertukar sekali lagi ke SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU SEMPAK sehingga tamat tahun enam kerana mengikut keluarga berpindah. Meneruskan pendidikan di SEKOLAH AGAMA MENENGAH PAYA JARAS bermula tahun 2004 sehingga 2006. Pada tahun 2007, saya mengambil keputusan melanjutkan pendidikan peringkat menengah di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLANG sehingga tamat tingkatan lima pada tahun 2008. Kini saya mendapat peluang melanjutkan pengajian di KOLEJ POLY-TECH MARA di KUALA LUMPUR.

Nama ayah tercinta ROZLEE BIN MOHD IDRIS. Beliau bekerja sendiri serta tiada pendapatan tetap. Ibu tersayang pula, NOORMILA BINTI NORDIN merupakan seorang kerani yang cekal. Nama abang diberi, MUHD SAUFI 20 tahun serta adik-adik yang disayangi MUHD SYAUQI 13 tahun, NUR DIYANA 12 tahun dan NUR AISYA SOFEA 7 tahun. Saya merupakan seorang yang pendiam tetapi tegas dalam mencapai matlamat hidup serta berwawasan tinggi dalam mengharungi cabaran pada masa akan datang untuk membantu usaha negara mencapai Wawasan 2020. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang berkemahiran tinggi dalam bidang IT dan ICT dewasa kelak. Kini saya mendapat peluang berada dalam bidang DIPLOMA IN BUSINESS INFORMATION TECHNOLOGY. Peluang ini saya akan gunakan dengan sebaik mungkin untuk mencapai impian saya dan dapat membantu mengubah taraf hidup keluarga saya. Oleh itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat CGPA 3.5 ke atas bagi setiap semester.

Saya juga amat yakin setelah tamat pengajian, saya akan berpeluang menjadi seorang usahawan yang berilmu pengetahuan tinggi dan berdaya fikir disamping pengamalan nilai-nilai murni. Saya juga akan berusaha mempertingkatkan profesionalisme, menyedari tanggungjawab, berupaya membuat keputusan dan menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif disamping mempertingkatkan penggunaan dan kemahiran dalam bidang IT dan ICT dengan lebih meluas dalam mengharungi cabaran era globalisasi.

Saya amat berharap, agar pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT dapat meluluskan permohonan pinjaman saya selama 3 tahun pengajian saya di KOLEJ POLY-TECH MARA di KUALA LUMPUR. Saya yakin dengan bantuan dan kerjasama dari pihak (MARA) dapat membantu proses pengajian saya kelak serta bantuan dari pihak (MARA) amat saya hargai.

Sekian,terima kasih.

(300 patah perkataan)

www.tips-fb.com (jgn nak like sgt..kih3) sila la LIKE eyh if suke:)

No comments: