Friday, January 29, 2010

going back to college..away.....


alahai kau tiq zaqyah..comel bebenor aku tengok..haha..tapi sayang sekali dalam realiti sebenar tak pakai tudung..tapi tak pe la..itu hak individu kan...aku suka benor tengok tiq zaqyah ni..cun melecun,comel,jelita..perfect la..haha..tengok dia pakai tudung lagi la sweet je nampak ditambah dengan mata yang bulat..haha..dah-dah..merepek dah..kakak angkat aku ni memang cun!hee~



ini pulak si kim joon..aku suka betul tengok dia..hehe..aktor korea ni..comel je..lakonan dia pun cool..alahai..tapi kenapa dok jauh sangat kat korea tuh..haha~

eh..apa la aku merepek meraban ni kan..sebenarnya aku nk cerita sini i'm rarely online ok because malam ni aku dah nak balek ke tempat kediaman desa siswi..hee~ syahdu rasanya tak sempat nak blog walking pulak..malam ni aku balek sebab esok hari register,kang tak balek takut lambat pulak nak register..barang-barang pun dah siap packing tadi..hehe..tadi baru packing..entah la..suka betul buat keje last minute..hee~

time register tu maybe dalam pukul 9.30 a.m until 12.30 p.m rasanya..kalau tak silap..so,maybe aku rindu dekat blog ni nanti..lagi-lagi baby blog aku ni..dah la tiap-tiap hari aku bagi makan semua..tapi korang ada tolong jagakan eh..haha..so,korang klik la nuffnang i taw..jangan lupa..klik dengan seikhlas hati..maybe i tak dapat nak klik korang punya dengan secepat mungkin tapi kalau i online insyaAllah i ke blog korang pulak...oke

yeah..i'm back to college..beboi baby blog yg pink-pink..psst!klik nuffnang i seikhlas hati~
eh..ok la..i'm away..beboii~

www.tips-fb.com (jgn nak like sgt..kih3) sila la LIKE eyh if suke:)

Tuesday, January 5, 2010

2 days to go

semua dah balek kampus dorang
aku ni bila nak balek?
tak sabar gak ni
hahaha
tapi melainkan nanti bila aku balek
rindu pulak kat rumah
jadi aku buat la keputusan nak balek sehari sebelum
'hari pendaftaran'
hehehe
almaklumlah...tak pe kan...
lagi pun nanti aku balek seminggu sekali
paling tak pun dua minggu ke tiga minggu
baru aku balek..aha~
jadi untuk korang yang bakal balek esok
gud luck eh..kemas balek bilik kita taw
katil-katil tu semua..haha
tapi aku tahu..mesti korang dok
pok pek..pok pek..pok pek 24jam
tup tup..tak sedar dah tengah malam
biasa la korang kan..tengok muka satu-satu dah tahu
hehehehe
btw..i'll see u guys nanti..wait for me..haha



gambar-gambar ni adalah hiasan semata-mata..saja nak bagi ada gambar dekat entry ni..haha..pelakon korea yang tip top..aktress korea aku suka song hye kyo tu la..comel kan dia?memang natural beauty..hee~ apa lagi lee min ho pun minat dia..min ho kata kalau boleh nak berlakon dengan song hye kyo ni..haha..tawu la lawa kan..aiyoo~oke..dah keluar dari tajuk pulak..oke daa..bai bai~

www.tips-fb.com (jgn nak like sgt..kih3) sila la LIKE eyh if suke:)

Monday, January 4, 2010

a broken-hearted girl that has felt in love

cinta memang diperlukan untuk semua manusia
semua manusia memang ada sifat kasih sayang,cinta pada sorang insan
tu la hakikatnya nama manusia
remaja pula sibuk dengan couple
termasuk aku sendiri
salah satu mungkin kesepian dan keinginan kasih dari seorang lelaki
aku tak tahu la otak aku memang tak menentu akhir ni
agaknya entah makan pil apa pulak aku
terlebih sangat..asyik nak berfikir sampai jauh-jauh
boleh gila agaknya...hahahaha
tapi kali ni aku tak tahu sama ada aku dah buat keputusan
bagus atau tak??
yang akan buatkan aku sendiri menyesal di kemudian hari
aku rasa couple bukanlah segalanya
sebab aku nampak apa baik buruknya
termasuklah pada aku sendiri
i'm not a perfect person dan saya bukanlah seorang ustazah untuk bercerita pasal ni
ilmu agama yang masih cetek..dan saya cuma insan biasa
cuma apa yang aku rasa aku 'terlebih' berfoya-foya dengan cinta
kahwin?itu la segalanya..jodoh di tangan Allah
apa yang aku harap aku cuma mampu berserah & tawakal je dengan semua
biarkan diri mengejar cita-cita sebelum cinta datang
dan biarkan diri mencintaiNya lebih dari segala-galanya
kawan?itu la segalanya..aku cuma harap lupakan semua yang lalu
mulakan hari yang baru dengan kehidupan yang baru
kita rasakan itu yg terbaik tuk kita sedangkan
Allah lebih mengetahui itu la yg terpahit tuk kita dan begitulah sebaliknya
tanamkan khayalan aku dalam kejayaan dan biarkan dia tertulis dalam hati aku
remember Allah has a plans for everyone and things happened for a reason & Allah always be by yourside and myside , sometimes its better be just a dream than true...
lets all the memories be just a memories
if you love something,let it go..if it comes back to you,its yours forever,
if it doesn't then it was never meant to be...
memang Allah saja pertemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa
Allah Maha Pemurah Lagi Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa
dia bukan lah segalanya untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan

salah satu doa yang diungkap dalam filem Ketika Cinta Bertasbih
"Tuhan berilah banyak hari buatku.. supaya aku bisa mengisinya dengan
pengharapan dan perjuangan untuk meraih cita-cita dan membuatku menjadi
seseorang yang lebih baik lagi, hari demi hari.Bismillah.."

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

dan lagu ni untuk diriku jugak
lirik boleh leleh jugak aku dengar..
haha

Cinta Terakhir


Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....

lastly aku nak kongsikan dengan korang link lagu yang ni
so..aku bukannya terer sangat nak link-linkkn ke website ni
tapi aku try la...hehe
jadi korang boleh la dengar sekali lagu ni
dengarlah...bila-bila rasa nk dengar
cuma klik je kt bawah ni oke!

Aiman - Cinta Terakhir.mp3

p/s : nak kutuk?haha..saya hanya meluahkan mood saya dalam beberapa bulan ni
bukan ditujukan untuk sesape yang bercouple ok...because saya pun bukan ustazah..tak layak nak cakap yang lebih-lebih pasal 'cinta' ni....ok..beboiiii!

www.tips-fb.com (jgn nak like sgt..kih3) sila la LIKE eyh if suke:)

ceritera

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

www.tips-fb.com (jgn nak like sgt..kih3) sila la LIKE eyh if suke:)

Sunday, January 3, 2010

title not found

perlu menangis pasal benda yang tak perlu ditangiskan??
itu la perempuan
memang susah n sukar diduga
tapi pujukan yang diharap tak kunjung tiba
ahaha~
biarlah
pasrah dengan semua
itu yang terbaik
hati menangis
air mata tak perlu dibazirkan
tak ada yang tahu
mahu pun dia dan orang lain

stop babbling about that oke!
aha
hari ni hari minggu yang sangat la bosan
tak de apa yang aku buat
tv memang tak de cerita best pun
tak lama lagi boleh la sibukkan diri untuk semester dua
diri aku pun bakal sibuk dalam masa terdekat ni
kelas kuliah,quiz,test,mid term,assignment,final exam
semua la..haha~
tak sabar jugak sebenarnya nak balik kolej
nak jumpa kawan rumah aku semua
hehehe
tapi kadang cam malas nak balik awal pun ada
pape pun..tetap jumpa dorang gak kan
cuma cepat & lambat je..aha
mood : excited!nak jumpa kawan..& sume kawan 11-2-5

www.tips-fb.com (jgn nak like sgt..kih3) sila la LIKE eyh if suke:)

Friday, January 1, 2010

Welcome 2010

welcome
welcome
welcome!
2010

2010 yang tiba
macam-macam yang di nanti
tahun yang baru dengan
semangat baru azam baru cabaran baru
hopefully,2010 yang tiba menjanjikan yang terbaik untuk aku
semoga Allah merahmati tahun ini untuk semua umat Islam
Amin..insyaAllah

for my parents..
maafkan segala kesilapan ku selama tahun 2009 ni
banyak sangat salah,dosa & sakiti hatimu bonda dan ayahanda
ku syukur ku dilahirkan di dunia ni..
maaf

to friends..
dah lama tak jumpa korang walaupun kita satu kampung
duduk pun dekat-dekat sebenarnya
boleh pegi jenguk korang naik motor je
tapi..apakan daya
masing-masing dah sibuk
tak macam zaman sekolah dulu..
time raya je la dapat jumpa,konvoi sama-sama
hope 2010 tahun yang dirahmati
2010 tahun yang bertuah tuk korang

to friends technic..
i miss them..entah lah
aku suka time-time kat sekolah teknik ni dulu
sentiasa merindu
maybe duduk dengan kawan-kawan kot
sentiasa dengan dorang..
time tu jugak aku belajar hidup berdikari & so on
macam-macam..untuk semua
hope 2010 will be better for u all
nurul,e-in,emy,wanie,hadaina,farah,tina,epah & semua la
(sori la kalau name tak de..haha)
hope korang sentiasa sukses!oke

to friends kolej kptm..

korang pun terbaik!
apa yang aku hajat sebelum masuk kptm
dapat kawan-kawan yang macam budak dorm BD3 dulu
alhamdulillah..dorang ok..semua baik-baik
happy,happening,otak gila..haha
best la dorang semua
suka kawan dengan dorang
dorang la jugak yang naikkan semangat aku untuk belajar
dorang memang terbaik
eiyra,t.i,yana,linda,ila,farah,fiqa,kak mira & semua yang terlibat la
hehe
hope korang hepy selalu
maafkan perangai aku yang tak berapa elok atau
yang meluatkan,menyakitkan hati korang selama ni
sorry ya!
hope korang sukses selalu..berjaya dunia akhirat! chayok!

to followers & bloggers
happy 2010
hope this year will be better oke!

happy new year

www.tips-fb.com (jgn nak like sgt..kih3) sila la LIKE eyh if suke:)